TUGASAN FELYSHA
Gambar 1 :
Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga saya telah melancong ke Kuala Terengganu dengan menaiki bas. Kita pergi ke sana untuk menziarahi datuk saya. Pada suatu hari , datuk saya telah membawa kami sekeluarga ke suatu tempat tersembunyi di mana ramai orang tidak tahu untuk makan tengahari. Di sana terdapati sebuah gerai makanan yang berada di bawah jambatan dan juga berdekatan dengan sungai. Di situ juga kita boleh melihat pemandangan yang indah dan suasana di sekeliling kita. Gerai makanan di sana cuma menyediakan lauk seperti Kari Kepala Ikan sahaja. Lauk Kari Kepala Ikan itu amat menyelerakan dan sungguh enak sekali.
Gambar 2 :
Pada dua minggu yang lalu, saya dan rakan-rakan saya telah pergi ke taman East Coast. Cuaca pada hari itu sungguh cerah. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kami telah membuat banyak aktiviti seperti menaiki basikal, berkelah dan juga bermain di pantai. Pemandangan di situ amat menajubkan dan menyenangkan. Kami bertiga sempat membina istana dengan menggunakan pasir. Saya bersyukur kerana dapat meluangkan masa bermasa rakan-rakan saya dan kita juga dapat mengetahui diri masing-masing. Kita juga dapat merapatkan persahabatan kami.
No comments:
Post a Comment