Gambar 1
Pada cuti sekolah December,saya telah melancong ke Korea Selatan. Saya telah ke sana bersama keluarga saya,kami menaiki kapal terbang dan perjalanan ke situ membawa selama 6 jam.Kami telah membawa lapan bagasi untuk 12 hari perjalanan di Korea Selatan . Saya amat ghairah ingin meneroka negeri itu kerana itu pertama kali saya ke Korea. Pada waktu itu Korea bermusim sejuk,sudah tentulah saya memakai baju berlapis-lapisan apabila di lapangan terbang Korea Incheon.


Gambar 2



Gambar 2
Tempat menarik yang telah saya pergi ialah
Pasar Ikan Noryangjin.Di situ terdapat banyak makanan laut yang tidak boleh dapat di negeri mana-mana seperti contoh, kepiting raja,cacing sudu,nanas laut dan macam-macam lagi.Sudah tentulah saya juga memakan makanan laut tersebut.Ayah saya membeli makanan laut dengan banyak dan kita memakan di restoran yang boleh memasak makanan laut yang telah dibeli.Meja kami penuh dengan makanan- makanan laut seperti siput laut,timun laut dan banyak lagi.Makanan laut yang telah kami makan ada yang kukus dan mentah sahaja tanpa apa sos. Makanan yang paling saya gemari ialah kepiting raja kerana ia rasa manis dengan isinya yang penuh.Ada juga makanan tidak saya sukai seperti timun laut dan nanas laut tetapi saya seronok dan syukur dapat menikmati makanan laut yang tidak ada di Singapura.
No comments:
Post a Comment