Wednesday, January 23, 2019

Tugasan Ayuni

                         CUTI BULAN DECEMBER.........




















Pada cuti bulan december, saya dan keluarga saya pergi ke Thailand,Bangkok. Kita pergi ke sana

untuk membeli-belah kerana duit yang ada di sana banyak sekali. Untuk pergi ke hotel kita, kita harus 
menaiki 2 kereta api dari "Suvarnabhumi Airport" ke "Phaya Thai" dan "Phaya Thai" ke 

"Ratchathewi.







Hari kedua di Thailand,Bangkok, kita menaiki van untuk pergi ke "Grand Palace" dan

 melihat pelbagai kuil yang mereka menyembah.Saya berasa sungguh kagum kerana ada pelbagai 

kuil di sana yang saya tidak pernah lihat. 

                                     VIA projek....


Pada bulan November, kumpulan Malay Dance dapat membantu orang yang kurang upaya di Bedok.
Kita ke sana untuk membantu dan menggalakkan orang ramai untuk menderma. Kita berada di sana

 selama 3 jam tanpa duduk. Apabila kita sudah menerima tabung untuk memasukkan duit di dalam

, kita terus pergi ke tmpat masing-masing untuk bermula projek itu. Dari sudut pandangan saya, saya

 berasa sangat sukar bagi saya untuk menggalakkan orang ramai untuk membantu menderma.

Sekiranya, jika saya meletakkan kaki saya di dalam kasut mereka yang kurang berupaya, saya

mungkin akan berasa sangat takanan. Apabila saya memikirkan semua itu selama beberapa minit,

 saya berasa bahawa hidup kita penting dan kita tidak boleh mengambil apa-apa untuk sia-sia sahaja.

 Setelah 3 jam berlalu, kami pun berasa sangat letih dan lapar.Cikgu kita membagi duit untuk

membeli makanan, kita pun pergi ke "Swensen".

TUGASAN ELIZA

TUGASAN ELIZA

Pada cuti sekolah Disember, saya melancong ke Hong Kong dengan keluarga saya. Kita bercuti di sana untuk empat hari. Pada hari ketiga di situ, kita pergi ke Disneyland. Kita mengambil kereta api untuk pergi ke Disneyland kerana kita tidak pergi ke situ dengan pemandu pelancong. Kita harus mengambil dua kereta api daripada hotel kita untuk sampai ke Disneyland. Perjalanan ke sana mengambil tiga puluh minit. Kereta api yang kita mengambil untuk bersampai ke situ bertema Disney. Ada beberapa hiasan yang watak Disney berada di dalam kereta api itu. Bilamasa kita sampai ke pintu masuk situ, ada beberapa keluarga atau kumpulan pelancongan yang tengah ambik gambar-gambar di situ. Saya berasa amat teruja kerena ini ialah kali pertama saya pergi ke Disneyland dan saya tidak sabar untuk mengambil rollercoaster yang berada di situ.

Tunggangan pertama yang saya mengambil ialah tunggang yang sesuai untuk anak-anak  kecil, ialah merry go round, supaya kita adik-beradik boleh mengambil tungagang itu bersama-sama. Walaupun tunggangan itu tidak menarik sangat daripada saya, saya berasa bangga kerena saya dapat mengambil tunggang dengan adik-adik saya. Selepas itu saya dengan kakak-kakak saya pergi ambik rollercoaster dengan ayah saya pun. Kita beratur untuk mengambil rollercoaster itu sangat panjang, ayah saya berfikir untuk mengambil tunggangan lain tetapi kakak saya hendak ambik rollercoaster itu sangat. Rollercoaster itu bertema Star Wars. Saya ingat kakak-kakak saya dengan saya pun menjerit bilamasa kita naik rollercoaster itu. Lepas itu, kita berasa pening dan tekak kita sakit kerena kita menjerit kuat-kuat dan rollercoaster itu amat cepat. Kita naik beberapa lagi tunggangan sepanjang hari itu. Kita menghabiskan hari itu sampai langit jadi gelap dan taman tema itu sepatut tutup. Selepas hati itu, saya rasa saya dapat menjadi lagi rapat dengan adik beradik saya. Saya hendak pergi ke Disneyland lagi.



TUGASAN NIZZAH

TUGASAN NIZZAH





        Pada cuti sekolah December , saya pergi ke luar negera. Saya melancong ke Australia,Perth

bersama keluarga saya. Ini bukan kali pertama saya ke Perth, ini kali ketiga saya ke sana. Cuaca

Australia berbeza dengan Singapura. Apabila kapal terbang mendarat ke kota Australia,hari pertama

panas terik dan juga musim lalat.Semasa matahari hendak turun, cuaca sangat sejuk dengan angin

yang tiup kuat.Tidur malam sungguh seronok.




          Hari seterusnya, keluarga saya pergi meneroka sebuah taman hidupan liar. Banyak binatang

yang ada. Saya dapat memberi makan kepada beberapa kanggaru. Kulit mereka amat lembut seperti

awan. Tempat mereka berbau busuk dan mempunyai kotoran dan ada banyak nyamuk. Keseluruhan

pengalaman yang baik.


           Jadi pelajaran berakhir. Perth tempat yang amat cantik. Beberapa tinggi terbang banggau,

akhirnya hinggap di belakang kerbau juga. Berharap dapat kembali lagi pada masa depan.




TUGASAN ERISYA

TUGASAN ERISYA




           Pada cuti sekolah yang lepas, saya menjadi DJ di Grad Night. Menjadi DJ ialah satu kerja yang amat susah sekali. Saya harus berfokus kerana kalau tidak, tidak ada lagu akan berputar. Saya berasa gementar semasa di meja DJ itu. Mata saya terkebil-kebil kerana sudah larut malam tetapi Grad Night itu berakhir pada 10 malam. Kita dapat berinteraksi dengan pelajar-pelajar yang akan bergerak ke Polytechnic atau ITE selepas graduan mereka. Saya amat sedih kerana saya tidak boleh berluangkan masa dengan mereka di sekolah lagi.



Saya melancong ke Saudi Arabia untuk membuat umrah. Kita menaiki bus untuk pergi ke Medina dan menduduki di sana untuk 5 hari. Saya dapat menetip gambar ini di luar masjid selepas solat subuh. Langitnya amat cantik sekali. Ia lain dari langit di Singapura. Saya berasa teruja apabila ternampak langit ungu yang unik itu. Kalau ada peluang lagi, saya mahu pergi ke sana lagi. Tempat ini tempat yang paling aman pada saya. Saya amat bersyukur kerana saya mendapat ke sana.



TUGASAN FAZRUL

                                                                   TUGASAN FAZRUL









   

                                   


                                         Pada bulan December,Saya dan saudara saya pergi ke Thailand Phuket untuk percutian. Pada tarikh 15 December, saya dibangun pada pukul 5 kerana pernerbangan kita adalah pada pukul 6. Kita bermakan di KFC untuk dapat tenaga. Selepas makan, kita sempat pergi membeli belah. Saya dapat membeli Kasut.Selepas membeli Kasut,dengan segera pergi ke pintu gerbang untuk menaiki pesawat untuk pergi ke Thailand,Phuket.Penerbangan ini bertempoh selama dua jam.












     

TUGASAN SITI SHAQIRAH

                         TUGASAN SITI SHAQIRAH

Cuti sekolah bukan cuti sekolah untuk saya.Mengapa? Ini disebabkan kami pengawas sekolah, dan cikgu memberi tugasan untuk membuat pengijazahan untuk menegah 4 ,2018. Membuat pengijazahan agak susah tetapi perancangan ini agak menarik. Ini juga pertama sekali saya membalik lambat untuk aktiviti sekolah.Saya juga berasa amat gembira kerana anggota kumpulan saya mengambil beberapa hari untuk membeli dekorasi dan membuat sepanduk.Juga kita ada belanjawan.Ada banyak kesusahan di sini dan sana tetapi kita dapat diatasi kesusahan itu.Lagu-lagu dan aktiviti mereka menyiapkan agak menarik dan  menghiburkan.Keseluruhnya, Saya amat gembira dan berpuas hati dengan reaksi cikgu-cikgu dan murid menengah empat. Oh,tidak lupa pakaian mereka cantik!Mereka melihat macam puteri dan putera. 





Seperti biasa hari-hari lain,saya menonton Kpop Live.Saya minat kpop.Saya menonton beberapa kpop live.Terutamanya kumpulan 'Wanna One'.Mengapa? kerena mereka akan dibubarkan.Saya memang berasa sedih,tetapi saya berasa lagi sedih kerana saya tidak akan mendapat melihat Park Jihoon lagi tetapi nasib saya dia ada akaun instagram..Siapa Park Jihoon? Dia seorang lelaki yang boleh menyanyi,menjogek,boleh mem-beatbox dan dia juga boleh rap.Dia bagus dalam beberapa banyak katagori.Dia Juga Comel dan kacak. Saya tidak membuat apa-apa tetapi melihat mereka dari aplikasi youtube.Contohnya saya melihat mereka dari aplikasi VLive dan Twitter,Saya paling suka live MAMA kerana mereka menghadir untuk tiga hari dan lagu mereka bernyanyi ialah lagu kegemaran saya.Bukan itu sahaja, saya mendapati melihati dan mendapat bakat kumpulan lain.






TUGASAN QIS





TUGASAN SURYA

TUGASAN SURYA



di kanan,ialah saya, di tengah,ialah kakak saya, di kiri,ialah sepupu saya.

kami ternampak haiwan yang seperti monyet.

Gambar 1 : 
               Pada cuti sekolah tahun lalu,saya pergi ke taman haiwan dengan keluarga saya.Apabila kami sampai ke sana,kami ternampak beberapa monyet yang sedang bersantai di atas pokok yang agak rendah.Sepupu saya berasa sangat teruja apabila ternampak bayi-bayi monyet yang sedang makan kacang.Anak-anak monyet itu sangat comel. Kami pun melihat beberapa haiwan yang comel seperti,beruang,penguin,arnab,kuda dan sebagainya.

               Untuk makan tengah hari,kami makan 'KFC'. Kami berasa sangat lapar sehingga kami harus makan dua kepak ayam. Selepas itu,kami pun memasukki satu tempat kandang yang penuh dengan rama-rama yang sangat berwarna-warni. Saya mendapat banyak gambar yang cantik. Selepas memerhatikan rama-rama itu,saya pun keluar dan ternampak ular yang besar. Saya berasa amat takut kerana ia kelihatan garang,besar dan menjijikan.
                       

                          Apabila kami hendak jalan balik ke pintu masuk,tiba-tiba hujan lebat turun. Kami pun mengambil payung masing-masing. Kami berlari ke tempat perlindungan yang terdekat.Kami berasa amat letih dan kemudian tertidur di dalam kereta pakcik saya.




pandangan di hadapan bilik hotel kami.


makanan pada malam











Gambar 2 : 
                

                       Pada bulan Disember tahun lalu,Saya dan keluarga saya,pergi ke Batam. Saya amat teruja kerana di sana,ada banyak makanan yang lazat. Kami menaikki feri untuk ke batam.Ia mengambil masa 1 jam.Nasib baik kami telah serapan pagi. kalau tidak,saya akan berasa mabuk. Selepas 1 jam,kami pun telah sampai ke batam. Apabila kami sampai ke sana,kami pergi ke hotel sementara supaya kami dapat berehat. Kami berasa amat letih kerana duduk di dalam feri dengan lama.



                       Hari yang terakhir,kami pergi berenang dan selepas itu,kami pergi makan pagi.Kami makan nasi ayam yang sangat popular.Ia sangat sedap.Kami pun pulang ke hotel dan mula berkemas barang-barang kami. Pada pukul enam malam,kami pun bergerak ke feri kami.Kami berasa amat letih sehingga terlelap di dalam feri untuk 1 jam.Saya sangat gembira kerana dapat berlancung di Batam.



TUGASAN YASARAH

Tugasan Yasarah










1) Pada waktu cuti sekolah ibu saya membelikan  saya tiga kasut baru. Antara tiga kasut, satu adalah kasut sekolah dan lagi dua pasang kasut untuk keluar jalan-jalan. Saya tidak mengharapkan kasut baru kerana keluarga saya baru menyelesaikan masalah kewangan. Saya amat gembira dan teperanjat juga apabila saya mendapat kasut baru daripada ibu saya. Ibu saya sering kali belikan saya kasut atau apa-apa pun kerana saya selalu mengunakan sesuatu sampai ia dalam keadaan yang teruk.








2) Saya pergi ke wayang pada waktu cuti sekolah pada bulan disember. Saya menonton filem ' Wreck It Ralph: Ralph's break the Internet'. Saya menonton filem tersebut bersama kakak dan adik saya. Jalan cerita sebut agak menyedihkan.Filem tersebut mencerita tentang persahabatan Ralph dan kawannya Penelope. Filem tersebut juga mengnunjukkan tentang berapa bahaya  internet.

TUGASAN DARISH

TUGASAN DARISH



Pada cuti bulan Disember 2018, saya sekeluarga telah pergi batam. Kami menaiki ferry ke sana. Perjalanan kita ke sana mengambil masa 45 minit sahaja. Apabila kita tiba di sana, kita menaiki van mini dan terus pergi ke hotel. Selepas memasukki bilik yang kita sudah tempah, kami pergi ke tempat makanan laut yang terletak jauh dari hotel kita. Perjalanan kita mengambil masa 1 jam.


Apabila kita tiba di tempat makan, kita memeli ketam, udang dan macam macam lagi. Selepas makan, kami sekeluarga terus pulang ke hotel. Pada malam itu, kita pergi membeli belah rumah. Pada esok harinya, kita pulang  balik ke singapura. Kita ke Batam hanya 1 hari sahaja

TUGASAN RASYDAN

TUGASAN RASYDAN





   Pada cuti bulan Disember 2018, saya sekeluarga telah pergi ke Batam. Kita menaiki Ferry ke sana. Perjalanan kami ke sana mengambil masa 45 minit. Bila tiba di Ferry terminal Sekupang, saya sekeluarga pun tunggu saudara kami datang untuk ambil kami pulang ke kampung. Setelah pulang ke rumah di kampung Tanjung Riau, kami salin baju dan terus mengikut saudara kami pergi jalan-jalan.




   Kami menaiki kereta sewa yang di sewa oleh ibu saya. Ibu nsaya menyuruh saudara saya yang mempunyai lesen kereta. Kami pergi ke Mall dan tempat makan berdekatan dengan kampung kami.
Kami hanya makan Ayam Penyet dan sayur capcai. Kami tinggal disana untuk satu bulan. Saya dan abang saya sangat menghargai pembelanjaan ibu kami.




TUGASAN NATHANIA

Tugasan Nathania


TUGASAN HANANI

                                                           TUGASAN HANANI


Soalan 1:




Pada bulan Disember, Saya pergi ke kolam berenang bersama keluarga saya dan kawan keluarga ibu saya. Pada hari itu,cuaca tidak baik, paginya panas dan tengan hari mendung.Kami bercadang untuk pergi ke sana pukul 2.30 setelah selesai membeli buku sekolah.Tetapi dengan cuaca bergitu, kita pergi pukul 5 petang. Apabila sampai di sana,kami terus pergi ke Macdonalds untuk membeli air.Keluarga kawan ibu sana sudah sampai di sana pukul 4.50.Selepas sudah membeli, kami terus masuk ke gantry kolam berenang.Kami terus ke tandas untuk menukar baju renang.Setelah selesai, saya , adik saya dan anak kawan ibu saya terus lompat dalam kolam renang.
Ibu saya dan kawannya memberi kita satu jam untuk berenang.Dalam satu jam itu, kita dapat mencuba pelbagai slaid di sana.Selepas selesai berenang, kita pergi ke Macdonalds untuk memakan malam di sana.Apabila sedang makan, kawan ibu membuat lawak dan membuat kami semua ketawa terbahak-bahak.Hari itu yang paling saya suka kerana saya dapat meluangkan masa dengan keluar saya dan keluarga kawan ibu saya.Daripada hari itu saya dan anak kawan ibu saya sangat rapat sehinggalah sekarang.



Soalan 2:




Pada bulan november, saya pergi ke China bersama sekolah.Pada hari ke empat di sana, kami pergi sebuah tempat yang sudah lama di sana.Ia seperti tempat kampungan.Sebelum ke tempat tinggal di sana,kami menaiki tanggan yang agak tinggi.Apabila sampai di atas, permandangan di atas itu sangat cantik.Angin di atas sana amat dingin sekali.kami memgambil gambar di atas sana.Selepas itu kami ke tempat tinggal penduduk dan belajar tentang tempat itu.Dalam tempat itu terdapat banyak bilik dan setiap bilik ada angin dingin.Di dalam itu juga terdapat kandang haiwan yang kecil.Selepas itu, rakan sekolah saya membeli barang yang diperbuat dari sana.

Selepas itu, kami ke sebuah tempat dan meminun tea dan memakan kacang.Saya membeli kacang tersebut untuk bawak pulang ke Singapura.Selepas habis,Kami pergi ke sebuah tempat untuk makan tengah hari.Kaum melayu dan cina harus berpisah kerana kami memakan makanan yang berbeza.Apabila menunggu makanan,Kami kertawa dan bergurau-gurau sesama sendiri.Apabila makan sudah sampai,kami terus makan kerana sudah kelaparan.Di situ terdapat Nasi,sayuran ,ayam dan pelbagai bagai macam makanan.Selepas sudah habis, kami keluar dan mengambil gambar bersama rakan sekolah dan guru.

TUGASAN IKYSH

                                                               TUGASAN IKYSH



Pada cuti bulan December, saya dan sekeluarga pergi ke D'Resort pada 21 December. Saya berasa amat gembira apabila diberi tahu ami akan pegi ke D'Resort. Kami tinggal di sebuah bilik yang kecil tetapi pemandangannya mengagumkan. Kami juga mendapat tiket yang percuma untuk Pergi ke Wild Wild Wet.

Apabila kami lapar, kami pergi ke Downtown East dan makan di gerai makan yang terletak di sebelah Mc Donald. Setelah makan, kami berjalan-jalan di Downtown East. Kami membeli beberapa makanan ringan untuk megalas perut jika kami lapar nanti. Kami ingin pergi ke Wild Wild Wet tetapi hujan. Beberapa hari kemudian, hujan menurun dengan lebat. Kami sanagt sedih kerana tidak dapat pergi ke Wild Wid Wet. Di hari yang akhir, kami dapat pergi ke Wild Wild Wet. Kami sangat gembira. Kami menaik beberapa permainan. Setelah beberapa jam, kami pulang ke bilik hotel untuk mengemas beg kerana ia hari terakhir kami di sini. Saya sangat sedih tetapi gembira kerana dapat pergi ke Wild Wild Wet.


TUGASAN AHMAD

                                           TUGASAN AHMAD

Hari terakhir sekolah, saya lulus peperiksaan saya. Bila saya balik sekolah , mak saya hendak belikan ps4 untuk saya. Saya dan mak saya pergi ke kedai gaming untuk beli ps4. Saya gembira untuk dah ps4 pada pertama kali. Pertama kali saya dapat ps4 yang saya hendaki.
Image result for ps4 party bundle
Inilah saya saya dapat bila saya lulus peperiksaan
saya. Selepas saya beli, saya balik rumah dan terus main. Saya pun main Fortnite dengan kawan saya. Saya cuba untuk main tapi senang kalah kerana saya pertama kali main game Fortnite. saya pun main game yang lain seperti fifa 19 dan overcooked 2.




Tuesday, January 22, 2019

TUGASAN MARZUQI

                                                       Tugasan Marzuqi


  Pada cuti bulan December , Saya di rumah main game komputer yang bernama 'Counter-Strike Global Offensive' game ini ialah game tembak-tembak. Permainan ini sangat menarik kerana kita boleh bermain dengan rakan-rakan kami.Objektif permainan ini adalah untuk bekerjasama dengan rakan sepasukan anda untuk membunuh musuh.Game ini boleh dijumpa di 'Steam'


  Image result for csgo 

  Saya pun keluar tengok wayang dengan kawan-kawan saya.Nama wayang itu ialah 'Mortal Engines' Saya dan rakan saya pergi ke KFC untuk makan sebelum wayang itu bermula.Kita semua makan Zinger burger di situ. Selepas bermakan , kita semua pergi ke teater 5 minit sebelum wayang itu bermula. Wayang itu memang menarik.

TUGASAN FELYSHA

TUGASAN FELYSHA





Gambar 1 :

Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga saya telah melancong ke Kuala Terengganu dengan menaiki bas. Kita pergi ke sana untuk menziarahi datuk saya. Pada suatu hari , datuk saya telah membawa kami sekeluarga ke suatu tempat tersembunyi di mana ramai orang tidak tahu untuk makan tengahari. Di sana terdapati sebuah gerai makanan yang berada di bawah jambatan dan juga berdekatan dengan sungai. Di situ juga kita boleh melihat pemandangan yang indah dan suasana di sekeliling kita. Gerai makanan di sana cuma menyediakan lauk seperti Kari Kepala Ikan sahaja. Lauk Kari Kepala Ikan itu amat menyelerakan dan sungguh enak sekali. 





Gambar 2 :

Pada dua minggu yang lalu, saya dan rakan-rakan saya telah pergi ke taman East Coast. Cuaca pada hari itu sungguh cerah. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kami telah membuat banyak aktiviti seperti menaiki basikal, berkelah dan juga bermain di pantai. Pemandangan di situ amat menajubkan dan menyenangkan. Kami bertiga sempat membina istana dengan menggunakan pasir. Saya bersyukur kerana dapat meluangkan masa bermasa rakan-rakan saya dan kita juga dapat mengetahui diri masing-masing. Kita juga dapat merapatkan persahabatan kami.





TUGASAN DINA

                                  Tugasan Dina


                            Gambar 1



  Pada cuti sekolah December,saya telah melancong ke Korea Selatan. Saya telah ke sana bersama keluarga saya,kami menaiki kapal terbang dan perjalanan ke situ membawa selama 6 jam.Kami telah membawa lapan bagasi untuk 12 hari perjalanan di Korea Selatan . Saya amat ghairah ingin meneroka negeri itu kerana itu pertama kali saya ke Korea. Pada waktu itu Korea bermusim sejuk,sudah tentulah saya memakai baju berlapis-lapisan apabila di lapangan terbang Korea Incheon. 




 


     Gambar 2                  
  
    Tempat menarik yang telah saya pergi ialah 
Pasar Ikan Noryangjin.Di situ terdapat banyak makanan laut yang tidak boleh dapat di negeri mana-mana seperti contoh, kepiting raja,cacing sudu,nanas laut dan macam-macam lagi.Sudah tentulah saya juga memakan makanan laut tersebut.Ayah saya membeli makanan laut dengan banyak dan kita memakan di restoran yang boleh memasak makanan laut yang telah dibeli.Meja kami penuh dengan makanan- makanan laut seperti siput laut,timun laut dan banyak lagi.Makanan laut yang telah kami makan ada yang kukus dan mentah sahaja tanpa apa sos. Makanan yang paling saya gemari ialah kepiting raja kerana ia rasa manis dengan isinya yang penuh.Ada juga makanan tidak saya sukai seperti timun laut dan nanas laut tetapi saya seronok dan syukur dapat menikmati makanan laut yang tidak ada di Singapura.







Wednesday, January 16, 2019

TUGASAN CIKGU EZYANTI

Tugasan Cikgu Ezyanti


Gambar 1:
Pengembaraan yang paling menarik bagi saya ialah percutian ke Bangkok dengan melalui jalan darat. Saya telah membawa beg yang besar, berserta juga anak-anak patung saya. Perjalanan ini mengambil masa sembilan hari dan merangkumi kenderaan bas, keretapi, van mini, kereta sewa, tuk-tuk dan kapal terbang.



Gambar 2:
Saya paling suka tempat ini kerana ia menggabungkan konsep perkhemahan dan hotel/resort yang mewah. Tempat ini dipanggil Lala Mukha Tented Resort. Udaranya nyaman dan suhu di situ berada dalam lingkungan 20 darjah celsius kerana ia terletak di kawasan pergunungan dengan pokok-pokok yang hijau.